top of page

Malaysia, Kanada sepakat perkukuh hubungan ekonomi

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

27 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Kanada sepakat untuk terus memperkukuh hubungan ekonomi dan pelaburan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar berkata, komitmen itu dizahirkan beliau dalam pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di ibu negara pada Isnin.


“Kejayaan usaha sama gas asli cecair (LNG) oleh PETRONAS di Kanada menjadi contoh nyata keyakinan terhadap potensi, kekuatan dan saling kebergantungan ekonomi antara kedua-dua negara.


“Kami turut berbincang mengenai peluang baharu dalam bidang tenaga hijau, inovasi dan pendidikan, selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan inklusif dan mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Selain itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan peluang baharu dalam bidang tenaga hijau, inovasi dan pendidikan, selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan inklusif dan mampan.


Dalam pada itu, Anwar menyifatkan kehadiran Carney yang memilih Malaysia sebagai destinasi pertama dalam lawatan rasmi beliau ke Asia sebagai komitmen negara itu untuk memperkukuh keterlibatan dengan rantau ASEAN khususnya dalam bidang ekonomi dan pembangunan mampan.


Lawatan ini juga merupakan yang pertama buat Carney ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac lalu.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page