top of page

Malaysia nanti kerjasama erat dengan pimpinan baharu Bangladesh

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read

20 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Malaysia menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh dalam usaha memperkukuh serta mengangkat hubungan dua hala antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar berkata, perkara itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh yang baharu, Tarique Rahman hari ini bagi menyampaikan ucapan tahniah atas mandat besar yang diperoleh beliau dalam Pilihan Raya Parlimen ke-13 baru-baru ini.


“Saya turut menzahirkan penghormatan kepada rakyat Bangladesh atas kematangan mereka mempertahankan proses demokrasi yang berlangsung secara aman dan teratur.


“Malaysia menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh dalam memperkukuh serta mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam hantaran di media sosial.


Menurutnya, beliau turut mengambil kesempatan menjemput Tarique untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.


Perdana Menteri juga berharap hubungan persahabatan Malaysia dan Bangladesh akan terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.


Tarique, 60, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Bangladesh pada Selasa, dalam apa yang dianggap sebagai era baharu demokrasi dan harapan buat negara dengan 175 juta penduduk itu.


Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang dipimpin Tarique mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 12 Februari lalu apabila gabungan parti itu meraih 212 daripada 300 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page