top of page

Malaysia, New Zealand komited muktamadkan semakan MNZFTA menjelang akhir tahun

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

28 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Malaysia dan New Zealand kekal komited untuk memuktamadkan semakan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand (MNZFTA) menjelang akhir tahun ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu antara tumpuan utama dalam pertemuan dua hala beliau dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini hari ini.


Anwar berkata dalam pertemuan itu, kedua-dua negara turut menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor halal.


“Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala meliputi pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian, perikanan, pembangunan industri halal, pendidikan serta tenaga boleh baharu,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, kedua-dua negara turut meneliti kemajuan pelaksanaan serta rundingan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian sedia ada.


Ia termasuk bidang belia dan sukan, pendidikan, pertanian, keadilan jenayah, jenayah rentas sempadan, pengurusan bencana dan kastam.


Selain itu, katanya, pelbagai isu serantau dan antarabangsa turut dibincangkan, termasuk perkembangan di Myanmar dan Palestin.


“Malaysia dan New Zealand menegaskan komitmen bersama terhadap prinsip keamanan, keadilan dan pembangunan inklusif,” ujarnya.


Anwar turut menyuarakan keyakinan bahawa hubungan Malaysia dan New Zealand akan terus berkembang dan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat kedua-dua negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page