top of page

Malaysia salur sumbangan RM500 kepada pelajar Indonesia terkesan bencana

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read

ree

11 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menyalurkan sumbangan RM500 seorang sebagai permulaan kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia serta terkesan akibat bencana banjir di Aceh dan Sumatera Utara.


Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, pemberian itu sebagai tanda ihsan dan persahanatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.


“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara, dan bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini,” katanya.


Menurut kenyataan itu, pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page