top of page

Malaysia sedia bantu sokong kerajaan interim Bangladesh dalam membangun semula negara – PM Anwar

  • nabalunews
  • Aug 14, 2024
  • 1 min read

14 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk menyokong kerajaan interim Bangladesh dalam usaha membangun semula negara tersebut dan mengembalikan keamanan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen tersebut dalam panggilan telefon dengan Ketua Penasihat kerajaan interim Bangladesh, Prof Muhammad Yunus, malam tadi.


"Prof Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu," kata Anwar menerusi Facebook hari ini.


Dalam perbualan tersebut, Anwar turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Prof Yunus dan menerima jemputan untuk melakukan lawatan rasmi ke Bangladesh dalam masa terdekat.


"Prof Yunus turut menjemput saya untuk melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara," tambahnya.


Pelantikan Prof Muhammad Yunus sebagai Ketua Penasihat kerajaan peralihan Bangladesh berlaku pada 8 Ogos selepas protes yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Liga Awami Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page