Mantan bendahari Gagasan Rakyat Melalap sertai UPKO
- nabalunews
- Aug 18, 2024
- 2 min read

18 Ogos 2023
TENOM: Mantan Bendahari Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Melalap, Salmiah Kassim menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian UPKO kepada Ketua Wanita UPKO Tenom, Rosinah Abuk pada Jumaat.
Ketika ditemui, Salmiah berkata keputusannya menyertai UPKO dibuat bagi membantu perjuangan Ketua Bahagiannya, Junit Bajit.
"Selepas hampir setahun meletakkan jawatan sebagai Bendahari Wanita Gagasan Rakyat Melalap untuk berehat, saya memutuskan untuk aktif semula berpolitik menerusi UPKO," katanya.
Sementara itu, Rose menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan Salmiah menyertai UPKO.
Katanya, beliau dihubungi oleh Salmiah berhubung hasratnya berhijrah parti ke UPKO dan kemudian secara rasmi menyerahkan borang permohonan keahlian.

"UPKO Melalap dan Tenom sentiasa mengalu-alukan kepada siapa saja menyertainya bagi membantu perjuangan politik UPKO yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Ewon Benedick," katanya.
Rose menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepada Salmiah yang juga sahabatnya dalam perniagaan bidang jahitan di Emparium Tenom.
Sementara itu bekas Ahli PGRS N42 Melalap yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada mendiang Datuk Kadoh Agundong semasa era Parti Bersatu Sabah (PBS) dan mantan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) ketika era Parti Berjaya, Wahab Timpai menyerahkan borang keahlian menyertai UPKO kepada Ketua Cawangan UPKO Kampung Gunting, Modi Miki.
Wahab berkata beliau mengambil keputusan menyertai UPKO kerana sudah melihat gerak kerja Ketua Bahagian UPKO Tenom semenjak 3 tahun lalu sehingga kini yang konsisten membantu rakyat dalam aspek pendidikan dan aktiviti komuniti yang dijalankan.
"Begitu juga dengan kepimpinan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, seorang pemimpin muda yang progresif dan sangat prihatin, sentiasa turun padang bersama penduduk serta pemimpin yang berwawasan terutama kawasan yang diwakilinya Penampang dan Kadamaian.
"Beliau membantu sebaiknya kepada kawasan yang diwakilinya. Bahkan seorang Persiden yang muda dalam kerajaan hari ini menganggotai Kabinet Persekutuan," katanya.
Wahab juga menyatakan bahawa beliau ingin melihat UPKO Tenom terus maju ke hadapan.
Sokongan beliau dan beberapa pemimpin veteran yang akan menyertai UPKO selepas ini pastinya dapat terus membantu Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajit untuk membantu masyarakat terutamanya di kawasan Melalap.
UPKO Tenom mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan ikhlas ini.
Mari kita terus Maju ke Hadapan.
Comments