Mat Sabu beritahu Ismail Sabri: Dah tandatangan MOU, jangan takut ambil tindakanMat Sabu beritahu Ismail Sabri: Dah tandatangan MOU, jangan takut ambil tindakan
top of page
  • Farah Salim

Mat Sabu beritahu Ismail Sabri: Dah tandatangan MOU, jangan takut ambil tindakan


3 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu memberitahu Datuk Seri Ismail Sabri agar jangan takut untuk mengambil tindakan ke atas pelbagai perkara ke atas perkara yang melibatkan kerajaannya.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjelaskan ini kerana beliau telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) reformasi dengan Pakatan Harapan (PH) yang menjamin posisinya sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.


Tanmbahnya, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah dakwaan bekas Ketua Polis Negara Datuk Abdul Hamid Bador sebelum ini mengenai rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politk.


“Perdana menteri mesti menunjukkan ‘kuasa’ beliau dalam menguruskan kerajaan tadbirannya. Jangan ada sebarang ancaman daripada mana-mana pihak.


“Itulah sebabnya MoU tersebut diwujudkan, agar perdana menteri boleh kekal sehingga pilihan raya akan datang,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.


Tambah Mat Sabu, beliau merasakan Ismail masih tidak berani melakukan sesuatu yang berbeza untuk menyelamatkan Malaysia.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu juga menekankan agar Putrajaya menghalang sebarang kebocoran dana bajet, mengambil contoh perbelanjaan RM38.5 juta untuk pengubahsuaian di Seri Perdana dan lebih RM1 juta untuk pengubahsuaian dan perabot di Jabatan Perdana Menteri.


Beliau juga menggesa kerajaan untuk melihat ke arah pembangunan industri pertahanan tempatan pada masa hadapan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page