Maximus tidak kenang budi: Salleh
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Maximus tidak kenang budi: Salleh


2 Julai 2022


PENAMPANG: Bekas ketua menteri, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr.Maximus Ongkili sebagai pemimpin yang tidak mengenang budi kerana menyerang Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.


Dalam laporan portal berita FMT, Salleh yang juga Adun Usukan, berkata dakwaan Ongkili yang mengatakan terdapat parti komponen BN menggunakan “perkhidmatan” pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk kepentingan politik adalah fitnah semata-mata.


“Saya marah betul (apabila) baca surat khabar ini. Maximus Ongkili, gila dia ini kerana buat kenyataan kononnya parti dalam BN ada pengundi palsu, kad pengenalan palsu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum politik dan ekonomi Sabah sempena Konvensyen BN di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC), di sini, hari ini.


Salleh yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN-Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengingatkan Maximus bahawa pengundi BN di Kota Marudu yang menyokongnya dalam pilihan raya lalu.


Sebelum ini, Maximus dilaporkan mendakwa sebuah parti komponen BN menyalahgunakan PATI di Sabah demi kepentingan politik mereka.

bottom of page