top of page

MCMC siasat individu sebar berita palsu bekal diesel kepada Filipina

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

24 April 2026


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah merakam percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.


MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu itu hadir ke ibu pejabat MCMC dengan ditemani peguam bagi memberi keterangan.


“MCMC turut menyita, masing-masing satu telefon bimbit dan kad sim yang disyaki digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu proses siasatan.


“Tindakan ini dibuat di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan itu.


Jelas MCMC, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Suruhanjaya itu menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan platform media sosial dan saluran digital untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai.


“Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page