top of page

Media jambatan komunikasi antara rakyat, kepimpinan politik

  • nabalunews
  • Sep 20
  • 2 min read

Bung Mokhtar (tengah) dan Suhaimi merakam gambar kenangan bersama kepimpinan SJA dan pengamal media Sabah
Bung Mokhtar (tengah) dan Suhaimi merakam gambar kenangan bersama kepimpinan SJA dan pengamal media Sabah

20 Sept 2025


KOTA KINABALU: Pengurusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, media memainkan peranan penting sebagai jambatan komunikasi antara rakyat dan kepimpinan politik.


Beliau berkata, dalam era politik baharu, suara rakyat tidak hanya terbentuk di dewan parlimen atau pentas ceramah, tetapi juga melalui wacana media.


"Hubungan konstruktif dengan wartawan adalah sebahagian penting daripada strategi komunikasi UMNO Sabah bagi memastikan maklumat yang tepat dan seimbang sampai kepada rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis makan malam mesra yang dianjurkannya bersama kepimpinan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan pengamal media disini pada malam Jumaat.


Turut hadir Presiden SJA, Puan Maria Doksil, Setiausaha SJA, Aisyah Naruddin dan Penasihat SJA, Datuk Muguthan Vanar.


Bung Moktar, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, majlis ini bukan sekadar acara sosial, tetapi menjadi wadah untuk memperkukuhkan komunikasi strategik antara kepimpinan politik dan pengamal media menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN-17).


Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi menegaskan bahawa media bukan sekadar penyampai berita, tetapi juga agen wacana demokratik.


“Keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan jelas dan beretika akan menentukan sama ada politik difahami sebagai penyelesaian, atau sekadar dilihat sebagai retorik.


Justeru, kerjasama UMNO dengan media bukan soal kepentingan partisan, tetapi usaha memperkukuh literasi politik rakyat,” ujarnya.


Majlis makan malam ini turut dilihat sebagai platform dialog terbuka yang menghubungkan perspektif politik dengan tanggungjawab profesional media.


Pendekatan ini mencerminkan intipati komunikasi politik moden keterbukaan, kebertanggungjawaban dan keberkesanan dalam penyampaian maklumat.


Dengan penganjuran majlis ini, UMNO Sabah menghantar mesej jelas bahawa menjelang PRN-17, strategi parti bukan sekadar tertumpu kepada pembangunan dasar dan penyediaan manifesto, tetapi turut memberi keutamaan kepada komunikasi strategik yang inklusif memastikan suara rakyat diterjemah secara berkesan melalui saluran media yang berwibawa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page