MET Malaysia kesan gempa susulan di Utara SumateraMET Malaysia kesan gempa susulan di Utara Sumatera
top of page
  • Wartawan Nabalu News

MET Malaysia kesan gempa susulan di Utara Sumatera


25 Februari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengesan gempa bumi susulan sebanyak dua kali berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 9:39 pagi, 25 Februari.


Sementara itu, BMKG (Badan Meteorologi, Klimatologi Dan Geofizika) Indonesia juga mengesan gempa susulan berjumlah 27 kali setakat jam 4.50 petang tadi.


“Sehingga kini, maklumat yang diterima menunjukkan impak atau kesan adalah minimal terhadap negara daripada kejadian gempa bumi ini.


“MET Malaysia akan terus memantau sebarang kejadian gempa susulan yang berlaku dan memaklumkan perkembangan terkini sekiranya terdapat aktiviti seismik yang dikesan di sekitar kawasan terlibat,” kata MET Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.


Orang awam juga boleh mendapatkan maklumat gempa atau tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.


bottom of page