top of page

METMALAYSIA: HUJAN LEBAT DI SABAH DAN SARAWAK SEHINGGA ISNIN

  • nabalunews
  • Jan 16, 2021
  • 1 min read

16 Jan 2021


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin.


MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.


Di Sabah pula kawasan terlibat termasuklah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat, Kudat, Telupid, Beluran dan Sandakan.


Amaran yang sama juga dikeluarkan untuk Wilayah Persekutuan Labuan. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page