top of page

MFL sahkan tiga pemain JDT dilarang beraksi di Liga Malaysia

  • nabalunews
  • Sep 29
  • 1 min read

ree

29 September 2025


KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia (Liga M) sepanjang tempoh penggantungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).


Menerusi kenyataan hari ini, MFL menjelaskan pihaknya sudah mendapat makluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungan 12 bulan oleh FIFA terhadap tujuh pemain warisan terkait isu dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran.


“Berdasarkan keputusan FIFA itu, MFL mengesahkan bahawa tiga pemain daripada JDT yang turut terlibat iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan.


“Tindakan susulan bagi kes ini hanya akan dibuat MFL apabila keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA selepas ini,” katanya.


Selain tiga pemain Harimau Selatan itu, empat lagi pemain warisan Malaysia termasuk Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca digantung 12 bulan oleh FIFA.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page