top of page

Minyak Sawit Mentah (CPO) dan Kenderaan Bernilai RM1.15 Juta Dirampas

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

26 Ogos 2025


KUNAK: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan satu cubaan menyembunyikan minyak sawit mentah (CPO) dalam serbuan di sebuah stor haram, di sini, semalam.


Operasi bersepadu kira-kira jam 2.30 petang yang dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu berjaya merampas 23.9 metrik tan CPO.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, semua CPO itu disorokkan di premis berkenaan dipercayai untuk diselewengkan.

ree

Katanya, pasukan operasi turut menyita beberapa kenderaan dipercayai digunakan untuk aktiviti berkenaan.


“Dua lelaki tempatan berusia 25 dan 38 tahun yang berada di premis berkenaan terus ditahan untuk membantu siasatan.


“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.15 juta termasuk kenderaan dan peralatan berkaitan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.


Sementara itu, Mohd Nazri berkata, PPM Wilayah 4 terus komited dalam usaha membanteras aktiviti penyelewengan minyak sawit yang merugikan negara.


Katanya, orang ramai digesa supaya membantu menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang kegiatan seumpama itu bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page