top of page

Wanita Ditemui Mati Dalam Bilik Sewa

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

26 Ogos 2025


RANAU: Seorang wanita berusia 28 tahun ditemui meninggal dunia di dalam bilik sewanya dalam kejadian di pekan daerah ini, semalam.


Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati pintu bilik mangsa berkunci dari dalam.


Katanya, pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan daripada pemilik bilik sewa untuk membuka pintu menggunakan kunci pendua.


“Pasukan perubatan dari Hospital Ranau telah dihubungi ke tempat kejadian dan mengesahkan kematian mangsa pada jam 4.48 petang.


“Mayat telah dibawa ke Hospital Ranau dan akan menjalani bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya daam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Sehubungan itu, Mursalin menyeru orang ramai agar sentiasa peka dan membantu dalam menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan maklumat jenayah dan keselamatan komuniti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page