top of page

MOF Kenakan Tindakan Sekatan MyKad Susulan Penyalahgunaan Subsidi BUDI95

  • nabalunews
  • Mar 24
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


24 Mac 2026


PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) akan menyekat kad pengenalan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan subsidi bahan api RON95 selepas satu video tular di media sosial memaparkan perbuatan mengisi petrol itu ke dalam tong kosong di sebuah stesen minyak.


Tindakan tegas itu membabitkan penyekatan MyKad yang digunakan dalam transaksi berkenaan serta pemilik kenderaan daripada terus menikmati kemudahan di bawah Program BUDI95.


Menurut kenyataan MOF, siasatan awal mendapati individu terbabit adalah warganegara Malaysia dan pemegang MyKad. Perbuatan mengisi minyak RON95 ke dalam bekas kosong tersebut jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api yang disediakan kerajaan.


Kementerian Kewangan memandang serius perkara ini dan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan serta penyalahgunaan subsidi, terutamanya dalam situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan dan harga bahan api.


Ketegasan ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan pengurusan subsidi dilaksanakan secara telus, bersasar dan berkesan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengesan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan penyaluran subsidi digalakkan menyalurkannya kepada Pusat Khidmat BUDI MADANI melalui talian 1300-88-9595, WhatsApp di 603-26314595, atau e-mel budimadani@treasury.gov.my.


Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membendung aktiviti tidak bertanggungjawab ini, kata kementerian itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page