top of page

MOTAC bincang isu tatacara operasi hotel bersama KPKT dan PBT

  • nabalunews
  • Oct 23, 2024
  • 1 min read

ree

23 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menegaskan bahawa isu berkaitan waktu pendaftaran masuk dan keluar hotel bukan di bawah bidang kuasanya.

 

Perkara tersebut sebaliknya tertakluk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

Namun demikian, Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing, menyatakan bahawa satu perbincangan melibatkan KPKT, kerajaan negeri, dan PBT akan diadakan untuk mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

 

"Susulan daripada itu bagi memastikan operasi hotel diperkukuhkan maka MOTAC akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan kerajaan negeri, KPKT dan PBT tentang kewajaran bagi memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel dalam akta ini," kata Tiong King Sing.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri akan diadakan bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perhotelan.

 

Tiong memberikan kenyataan ini ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz, di Dewan Rakyat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page