54 AHLI PARLIMEN, ADUN SABAH, SARAWAK SOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH BENARKAN PENGGUNAAN “ALLAH”54 AHLI PARLIMEN, ADUN SABAH, SARAWAK SOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH BENARKAN PENGGUNAAN “ALLAH”
top of page
  • nabalunews

54 AHLI PARLIMEN, ADUN SABAH, SARAWAK SOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH BENARKAN PENGGUNAAN “ALLAH”


16 Mac 2021


Kami, Ahli-ahli Parlimen, dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Ahli Dewan Undangan Negeri dari Sabah dan Sarawak yang bernama di bawah menyeru kepada Kerajaan Persekutuan dan Rakyat Malaysia untuk menerima dan tidak merayu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 bahawa larangan terhadap penggunaan kalimah Allah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Satu keberkatan semua anak Malaysia boleh menyembah Allah di masjid, gereja dan gurdwara.



Pendirian penuh kami adalah seperti berikut:


1. Umat Kristian yang menggunakan kalimah “Allah” dan istilah-istilah keagamaan yang sama dengan Umat Muslim kebanyakannya adalah orang Borneo dan Orang Asli yang menutur bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua atau bahasa ibunda, seperti mana Umat Kristian kaum Batak, Dayak, Ambon, Timor di Indonesia yang menutur Bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua atau bahasa ibunda. Di Sarawak, Bahasa Iban menggunakan “Allah Taala”, Bahasa Bidayuh menggunakan “Tuhan Alla” sebagai kalimah untuk Yang Maha Esa manakala Lun Bawang, Lun Dayeh dan Kelabit menggunakan “Tuhan Allah”.


2. Di Sabah and Sarawak, Bahasa Malaysia menjadi popular di kalangan umat Kristian kerana perlaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berjaya yang mematahbalik kemelesetan dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam zaman penjajahan.


3. Umat Muslim di Sabah dan Sarawak menyokong dan tidak rasa terancam dengan saudara-mara dan teman-teman Kristian mereka menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa untuk semua agama wahyu berakarkan Nabi Ibrahim. Umat Borneo sesungguhnya percaya bahawa manusia dijadikan berbeza untuk kita saling mengenali dan mengasihi, bukan untuk mencaci dan menganaktirikan sesama lain, dan bahawa kewujudan pelbagai umat agama adalah kehendak Allah kerana kalau hendak Allah yang Maha Kuasa sudah tentu boleh menjadikan kita semua dalam satu agama.


4. Umat Muslim dan Umat Kristian menyembah Allah dalam masjid dan gereja masing-masing tidak akan menyebabkan murtad umat Muslim. Bukti paling baik – Muslim mengambil tempat hampir atau lebih daripada 90% dalam populasi di kedua-dua dunia Arab dan Indonesia, sungguhpun umat Muslim dan umat Kristian telah berkongsi kalimah “Allah” dan istilah-istilah keagamaan lain masing-masing selama 1,442 tahun dan 476 tahun.



5. Keputusan Kabinet Persekutuan pada tahun 1986 untuk menafikan hak bukan Muslim untuk menyembah Allah adalah kekhilafan di bawah tekanan politik oleh sesetengah orang Malaya yang rasa tidak selamat, jalil dengan keadaan di Sabah dan Sarawak dan pada masa yang angkuh dengan tanggapan bahawa orang Malaya boleh menentukan bagaimana orang Sabah dan Sarawak harus hidup, sama di negeri sendiri atau di Semenanjung. Golongan Malaya ini yang berlagak seolah-olah diri adalah pusat kepada dunia enggan menerima bahawa Malaysia adalah satu perkongsian “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” di antara Malaya, Sabah dan Sarawak.


6. Keputusan Mahkamah Tinggi ini sekadar memperbetulkan satu ketidakadilan yang menyakiti hati orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli akibat kegelisahan, kejahilan dan keangkuhan sesetengah. Ia tidak akan menyebabkan pendakwahan ke atas Muslim dan kemurtadan mereka, satu ketakutan tidak berasas yang cuba diapi-apikan oleh sesetengah orang Malaya.


7. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah kemenangan kepada Malaysia dan akan memperkuatkan persekutuan kita. Ia akan membenarkan umat Kristian di kalangan Orang Sabah, Orang Sarawak dan Orang Asli untuk menyembah Allah secara bebas, sepertimana kebebasan yang dinikmati saudara-mara Dayak mereka tanpa isu di sebelah sempadan di Kalimantan.


8. Keputusan Mahkamah Tinggi juga adalah kemenangan kepada Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan juga kesemua penuturnya, serta penghormatan untuk penutur-penutur Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh, Bahasa Lun Bawang, Lun Dayeh dan Bahasa Kelabit, antara bahasa warisan di Benua Borneo.


9. Kami menyeru kepada Perdana Menteri Muhyiddin Y assin untuk menarik balik rayuan oleh Kerajaan Persekutuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu supaya polemik yang berusia 35 tahun ini dan penderitaan yang ditanggungi oleh begitu ramai orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli, insya Allah, dapat tamat. Ini akan menjadi satu legasi positif bagi Perdana Menteri.


10. Kami menyeru semua parti politik untuk tidak menangguk di air keruh dan mencari keuntungan politik dalam kes ini. Biar ini menjadi satu penamatan polemik untuk semua pihak dan juga satu langkah ke depan dalam proses pendamaian kebangsaan (national reconciliation) supaya tindakan kita serasi dengan rancangan Allah yang menjadikan kita berlainan supaya kita mengenali dan mengasihi sesama lain.


Oleh,


Dewan Rakyat (Kawasan)


1. YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (P170 Tuaran)

2. YB Chan Foong Hin (P172 Kota Kinabalu)

3. YB Datuk Darell Leiking (P174 Penampang)

4. YB Noorita Sual (P181 Tenom)

5. YB Vivian Wong Shir Yee (P186 Sandakan)

6. YB Datuk Christina Liew (P190 Tawau)

7. YB Mordi Bimol (P192 Mas Gading)

8. YB Kelvin Yii Lee Wuen (P195 Bandar Kuching)

9. YB Chong Chieng Jen (P196 Stampin)

10. YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem (P199 Serian)

11. YB Masir Kujat (P202 Sri Aman)

12. YB Wong Ling Biu (P208 Sarikei)

13. YB Larry Sng (P209 Julau)

14. YB Alice Lau Kiong Yieng (P211 Lanang)

15. YB Oscar Ling Chai Yew (P212 Sibu)

16. YB Baru Bian (P214 Selangau)


Dewan Negara


1. YB Adrian Lasimbang

2. YB Alan Ling Sie Kiong

3. YB Donald Peter Mojuntin

4. YB Robert Lau Hui Yew


Dewan Undangan Negeri Sabah (Kawasan)


1. YB Datuk Ewon Benedick (N11 Kadamaian)

2. YB Peto Galim (N18 Inanam)

3. YB Tan Lee Fatt (N19 Likas)

4. YB Phoong Jin Zhe (N21 Luyang)

5. YB Jannie Lasimbang (N25 Kepayan)

6. YB Datuk Peter Anthony (N42 Melalap)

7. YB Calvin Chong Ket Kiun (N55 Elopura)

8. YB Frankie Poon Ming Fung (N56 Tanjong Papat)

9. YB Justin Wong Yung Bin (N69 Sri Tanjong)


Dewan Undangan Negeri Sarawak (Kawasan)


1. YB Dato Ranum Mina (N1 Opar)

2. YB Datuk Harry Henry Jinep (N2 Tasik Biru)

3. YB Violet Yong Wui Wui (N10 Pending)

4. YB See Chee How (N11 Batu Lintang)

5. YB Miro Simuh (N18 Serumbu)

6. YB Martin Ben (N22 Kedup)

7. YB Datuk Snowdan Lawan (N30 Balai Ringin)

8. YB Dr Johnical Rayong (N33 Engkilili)

9. YB Gerald Rentap Jabu (N36 Layar)

10. YB Rolland Duat (N48 Meluan)

11. YB Alexander Vincent (N49 Ngemah)

12. YB Allan Gramong (N50 Machan)

13. YB Irene Mary Chang Oi Ling (N51 Bukit Asek)

14. YB Dato Sri Wong Soon Koh (N53 Bawang Assan)

15. YB David Wong Kee Woan (N54 Pelawan)

16. YB Christopher Gira (N59 Tamin)

17. YB Wilson Nyabong (N61 Pelagus)

18. YB Jefferson Jamit (N63 Bukit Goram)

19. YB Kennedy Chuk Pai (N66 Murum)

20. YB Chiew Chiu Sing (N68 Tanjung Batu)

21. YB Dennis Ngau (N77 Telang Usan)


Daripada


1. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)

2. Parti Demokratik Progresif (PDP)

3. Parti Keadilan Rakyat (PKR)

4. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

5. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

6. Parti Rakyat Sarawak (PRS)

7. Parti Sarawak Bersatu (PSB)

8. Parti Tindakan Demokratik (DAP)

9. Parti Warisan Sabah (WARISAN)

10. Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

11. Bebas



bottom of page