top of page

MUDA fokus perkukuh parti

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 20, 2021
  • 1 min read

ree

20 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan memperkukuhkan parti, meneruskan gerak kerja dan memastikan parti itu diluluskan.


Setiausaha Agung MUDA Amir Abd Hadi berkata, tindakan melambat-lambatkan kelulusan MUDA adalah bertentangan dengan hak demokratik rakyat yang dijamin Perlembagaan.


“MUDA juga menyeru agar kesatuan pembangkang dapat diteruskan serta diperkukuhkan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Amir berkata, parti itu mengambil saranan Yang di-Pertuan Agong, fokus utama mestilah mengeluarkan negara dari kemelut pandemik yang sehingga hari ini telah mengorbankan 13,480 nyawa.


”Sebarang keputusan lanjut berkaitan pembentukan kerajaan hari ini akan dibincangkan bersama dalam blok pembangkang,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page