MUDA raih RM1 juta kurang dari 100 jam untuk bantu mangsa banjirMUDA raih RM1 juta kurang dari 100 jam untuk bantu mangsa banjir
top of page
  • Wartawan Nabalu News

MUDA raih RM1 juta kurang dari 100 jam untuk bantu mangsa banjir


20 Dis 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berjaya meraih sebanyak lebih RM1 juta dalam tempoh masa kurang dari 100 jam untuk dana Bantuan Mangsa Banjir selepas dilancarkan pada 18 Disember lalu. Presiden MUDA, Syed Sadiq Abd Rahman berkata, dana itu akan digunakan untuk membantu lebih 10,000 keluarga mangsa yang terjejas. "Kurang 100 jam selepas raih dana dilancarkan, MUDA telah berjaya meraih RM1,045,600.00 hasil sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia. "Sumbangan ini akan terus digunakan bagi membantu menyegerakan misi menyelamat mangsa banjir, membeli keperluan asas, makanan, alat kebersihan diri serta bagi menguruskan misi membersihkan kawasan pasca-banjir. "Setiap ringgit dan sen yang disumbangkan ini akan digunakan 100 peratus tuk mangsa banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau lagi, proses audit juga akan dijalankan bagi memastikan ketelusan dan integriti pengurusan wang dijaga. Dalam pada itu, MUDA juga telah melancarkan Panggilan Sukarelawan di maribantu.my/pasca untuk seluruh rakyat Malaysia turun dan membantu di kawasan banjir. Jelas Syed, MUDA komited untuk terus berkhidmat pada musim banjir. "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir. "Penghargaan juga diberikan kepada Jawatankuasa Misi Banjir MUDA dan ahli MUDA seluruh negara yang bekerja keras untuk rakyat," katanya.

bottom of page