top of page

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

ree

30 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), berkuat kuasa 1 Januari depan.


Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial facebook hari ini, bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan PN atas sokongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan berkenaan.


“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepemimpinan PN dan parti-parti di anggotanya,” katanya.


Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerajui gabungan itu sejak 7 Ogos 2020, ketika ia didaftarkan secara rasmi.


Selain BERSATU, parti utama yang berada dalam gabungan PN antaranya PAS dan GERAKAN.


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari menyifatkan keputusan Muhyiddin tindakan bijak dan tepat kerana PN memerlukan momentum baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).


“Saya yakin PAS akan menampilkan calon dari parti ini untuk menerajui PN sebagai pengerusi yang baru.


“Tidak semestinya presiden parti, tetapi seorang individu yang diyakini boleh menggembleng kekuatan parti-parti yang ada di bawah PN,” katanya dalam hantaran di Facebook sambil memuji sikap terbuka Muhyiddin melepaskan jawatan itu.


Beliau berkata, rombakan akan dilakukan terhadap organisasi PN bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page