top of page

MUHYIDDIN PENGERUSI MESYUARAT KHAS KABINET

  • nabalunews
  • Oct 23, 2020
  • 1 min read


23 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di sini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.


Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada kira-kira 8.57 pagi, bagi mempengerusikan mesyuarat yang dijangka bermula 9.30 pagi.


Beberapa kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet juga dilihat memasuki Perdana Putra, dan sebelum memasuki perkarangan bangunan tersebut, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu.


Antara yang kelihatan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.


Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Perdana Putra pada kira-kira 9 pagi. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page