Mutiara GRS Santuni Keluarga Mangsa Kemalangan
- nabalunews
- 8 hours ago
- 1 min read

22 Januari 2026
TAMPARULI: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut di Jalan Tamparuli–Ranau, pada Rabu.
Menerusi Program Ziarah Sayang di Kampung Bonggol tersebut, MUTIARA GRS menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban kanak-kanak berusia 18, 12 dan lapan tahun yang menjadi yatim piatu selepas kemalangan 9 Januari lepas mengorbankan ibu bapa mereka.
Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Datuk Juliah Salag berkata program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pertubuhan itu dalam memberi sokongan dan memastikan kebajikan keluarga yang terkesan akibat tragedi sentiasa diberi perhatian.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Linda Ewit serta wakil agensi kebajikan iaitu Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan Kebajikan Tuaran.


















Comments