top of page

NADMA No. 1 jadi panduan utama pengurusan bencana – Zahid

nabalunews

4 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 akan berfungsi sebagai garis panduan utama dalam menguruskan risiko dan mengurangkan impak bencana di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 


Langkah ini bertujuan memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjaga.


Menurut Zahid, kerajaan menekankan kepentingan strategi pengurusan risiko yang lebih menyeluruh dan inklusif. 


"Saya juga menekankan bahawa persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut ini tidak hanya mengenai kesiapsiagaan semasa, tetapi juga melibatkan langkah-langkah berterusan... untuk memantau kawasan hotspot banjir, memastikan pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi, serta menyelaraskan bantuan untuk semua yang terjejas oleh bencana," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikannya di Kota Tinggi, Johor. 


Tambah Zahid, Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan daerah diarahkan untuk mengadakan simulasi dan latih amal bersepadu bagi memastikan kesiapsiagaan penduduk dan pihak berkuasa setempat pada tahap optimum.


"Koordinasi awal antara agensi kerajaan, Majlis Daerah, badan sukarela serta komuniti setempat amat penting untuk memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku bencana," tegasnya.


Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk mengikuti perkembangan terkini melalui portal rasmi bencana di www.portalbencana.nadma.gov.my.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page