Naim Moktar angkat sumpah Ahli Parlimen Kinabatangan
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

27 Januari 2026
KUALA LUMPUR: Anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Kurniawan Naim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan di Dewan Rakyat hari ini.
Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri.
Mohd Kurniawan Naim mengangkat sumpah berikutan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan baru-baru ini mewakili Barisan Nasional (BN), sekali gus mempertahankan kerusi yang disandang bapanya sejak 1999.
Pada PRK berkenaan, beliau meraih majoriti 14,214 undi dalam persaingan tiga penjuru, menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman daripada WARISAN serta Goldam Hamid yang bertanding sebagai calon Bebas.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bung Moktar, 66, pada 5 Disember tahun lalu.


















Comments