top of page

Najib Kini Sedang Dirawat Di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)

Farah Salim

21 Sept 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang mendaptkan rawatan pakar di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).


Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Penjara menerusi satu kenyataan hari ini.


Kenyataan itu berkata, Najib telah di masukkan ke hospital berkenaan sejak Isnin lalu bagi mendapatkan rawatan pakar di hospital berkenaan.


"Najib akan di hantar semula ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak perubatan HRC atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi pelepasan perubatan.


“Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, Jabatan Penjara juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.


“Jabatan Penjara juga perlu menyediakan rawatan dan ubat-ubatan sebagai mana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” kata kenyataan tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page