top of page
  • Wartawan Nabalu News

Najib, Lim Kit Siang dikompaun langgar SOP


22 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun berkaitan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kompaun itu belum dilunaskan oleh kedua-dua pemimpin tu.


“Kompaun sudah dikeluarkan kepada Lim Kit Siang.


“KKM harap Najib membayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle.


“KKM juga harap Najib menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini," katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.


Khairy respon kenyataan Bekas Perdana Menteri yang mempersoalkan mengapa Lim Kit Siang tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti ketika Kongres DAP hujung minggu lalu.


Khairy turut memuat naik gambar kompaun Kit siang dan Najib menerusi twitternya.

bottom of page