NAJIB SEKOLAHKAN KERAJAAN PN SELEPAS DICABAR SHAHIDAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

NAJIB SEKOLAHKAN KERAJAAN PN SELEPAS DICABAR SHAHIDAN


19 April 2021 Bagi menarik pelabur ke negara ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyenaraikan 10 tindakan yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, antaranya jangan asyik keluarkan kenyataan yang menghakis keyakinan pelabur seperti negara tidak ada wang atau penjawat awam perlu potong gaji untuk bantu ekonomi negara.

Najib berkata, selain itu, pulihkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan majoriti yang kukuh tanpa membeli 'katak'. "Jangan sesuka hati batal perjanjian-perjanjian projek termasuk projek bersama negara-negara lain. "Jangan jual semua aset-aset yang jana pendapatan untuk negara," katanya berikutan kenyataan Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim yang meminta Najib memberi pandangan positif terhadap kerajaan PN bagi menarik pelabur asing ke Malaysia. Sepuluh perkara bagi menarik pelabur itu dikongsikan oleh Najib melalui Facebooknya, hari ini.

1. Henti darurat. Pulihkan demokrasi. 2. Kawal Covid betul-betul. Jangan dengan cara separuh masak. Percepatkan kadar vaksinasi Covid. 3. Jangan salahgunakan perundangan dan institusi kerajaan termasuk LHDN untuk tujuan politik. 4. Pulihkan sebuah kerajaan dipilih Rakyat dengan majoriti yang kukuh tanpa membeli katak. 5. Halatuju dan visi ekonomi yang jelas. Bukan visi seperti WKB2030 yang entah siapa faham. 6. Jangan sesuka hati batal perjanjian-perjanjian projek termasuk projek bersama negara-negara lain. 7. Jangan jual semua aset-aset yang jana pendapatan untuk negara 8. Jangan pilih menteri yang terbukti gagal jaga ekonomi atau negara dalam kerajaan PH dan ditugaskan semula dalam kerajaan PN untuk tarik pelabur. Pilih pemimpin yang ada track-record baik. 9. Jangan asyik memberi alasan-alasan tidak masuk akal kepada Rakyat seperti “terlalu banyak orang tua dalam parlimen”, “perlu 3 tahun 2 bulan untuk integrasi JPN/SPR untuk laksana Undi18”, “Graduan perlu bersyukur jika mendapat kerja dengan gaji di bawah gaji minima”. 10. Jangan asyik keluarkan kenyataan yang menghakis keyakinan pelabur seperti negara tidak ada wang lagi atau penjawat awam perlu potong gaji untuk bantu ekonomi negara.



bottom of page