Netizen pertikai bagaimana jemaah Umrah lepas Imigresen tanpa sijil vaksinasiNetizen pertikai bagaimana jemaah Umrah lepas Imigresen tanpa sijil vaksinasi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Netizen pertikai bagaimana jemaah Umrah lepas Imigresen tanpa sijil vaksinasi


7 Jan 2022

By Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Pendedahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di mana 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang positif variant Omricon Covid-19 tidak divaksin mengejutkan ramai netizen.


Rata-rata netizen pertikaikan bagaimanakah jemaah umrah tersebut yang tidak divaksin boleh melepasi imigresen sekaligus dijangkiti virus Covid-19 tersebut.


Salah satu netizen menerusi ciapan beliau di Twitter, berkata perbuatan tersebut amat memalukan. “Pergi ke tanah suci tetapi menipu sijil vaksin,” katanya.


“Walaupun segelintir daripada mereka tidak di vaksin, tetapi bagaimanakah mereka dapat keluar dari Malaysia? Adakah kerajaan akan menaggung kos mereka untuk dikuarantin? Semua agensi perlu disiasat termasuk mereka yang tidak divaksin.


“Ini bukan soal agama atau ziarah mereka, tetapi ini adalah berkenaan kepatuhan undang-undang untuk semua orang,” kata seorang netizen lagi.


Sementara itu seorang lagi netizen menerusi akaun Twitternya, juga mempersoalkan bagaimanakah individu yang tidak di vaksin dibenarkan untuk keluar dan masuk ke negara ini.


Ujarnya lagi, adakah wang rakyat yang akan digunakan untuk menempatkan mereka di pusat kuarantin?


“Sedangkan mereka yang duduk di negara ini, yang tidak mempunyai sijil vaksin di Mysejahtera ingin masuk shopping mall pun tidak lepas. Tetapi mereka ini yang tidak divaksin boleh pula terbang ke luar negara, sungguh Ajaib,” kata seorang Netizen.


“Apa nak hairan orang pergi umrah untuk mendekatkan diri dengan Tuhan tetapi menipu sijil vaksin, sebab ramai yang makan rasuah menipu duit rakyat pergi umrah tiap-tiap tahun tanpa rasa bersalah,” ujar seorang Netizen dari media sosial.


Sementara itu menurut Khairy, pihaknya masih menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada ada mereka mempunyai masalah kesihatan atau sebab lain.


Tambah beliau wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan.

bottom of page