top of page

Olimpik: Azizulhasni Awang hadiahkan pingat perak buat Malaysia

  • Writer: Jacquline Ebit
    Jacquline Ebit
  • Aug 8, 2021
  • 1 min read

ree
Datuk Azizulhasni Awang

8 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


TOKYO: Pelumba berbasikal trek Malaysia Datuk Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat perak buat negara dalam acara Keirin pada aksi akhir sebentar tadi di gelanggang Izu Velodrome, Tokyo.


Pingat emas pula jatuh kepada wakil Britain, Jason Kenny manakala gangsa jatuh kepada Harrie Lavreysen.


Pecutan yang dilakukan oleh Mohd Azizulhasni, 33, semasa selekoh terakhir membuahkan hasil apabila beliau berjaya memintas wakil Belanda, Harrie Lavreysen di garisan penamat untuk mendapat tempat kedua.


Juga dikenali dengan gelaran "The Pocket Rocketman", Azizulhasni sebelum ini juga memenangi pingat Olimpik pertamanya dengan pingat gangsa dalam acara yang sama pada Sukan Olimpik Rio 2016 yang lepas.


Kemenangan tersebut bermaksud Malaysia mengakhiri temasya Sukan Olimpik kali ini dengan satu gangsa dan satu perak.


Rakyat Malaysia mengucapkan tahniah buat semua atlit negara yang mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik pada kali ini.







 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page