top of page

Olimpik Paris 2024 : Aaron-Wooi Yik catat kemenangan kedua

  • nabalunews
  • Jul 28, 2024
  • 1 min read

28 Julai 2024


KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencerahkan peluang ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas merakam kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.


Pasangan nombor empat dunia itu menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan Kanada, Nyl Yakura-Adam Dong 21-10, 21-15.


Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Aaron-Wooi Yik dalam saingan Kumpulan A selepas menewaskan pasangan Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-16, 21-11 pada aksi pembukaan, semalam.


Bekas juara dunia itu akan berdepan ujian sebenar apabila dijadual menentang gandingan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi terakhir esok yang dijangka menjadi penentuan untuk juara kumpulan.


Mengikut format pertandingan, juara dan naib juara kumpulan dalam acara beregu layak ke peringkat suku akhir.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page