top of page

Olimpik Paris 2024 : Syaqiera terlepas slot ke suku akhir dengan satu mata

  • nabalunews
  • Jul 31, 2024
  • 1 min read

ree

30 Julai 2024


PARIS : Harapan pemanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh untuk mara ke suku akhir acara recurve individu di Sukan Olimpik Paris 2024 musnah selepas tumbang di tangan atlet Brazil, Ana Luiza Caetano di peringkat 16 terbaik, sebentar tadi.


Dalam aksi sengit yang berlangsung di Hotel des Invalides itu, pemenang terpaksa ditentukan hingga ke set penentuan dengan Ana lebih bertuah untuk melangkah ke pusingan berikutnya apabila melakar kemenangan 6-5 untuk mengecewakan kem Malaysia.


Syaqiera yang memulakan aksi dengan cukup meyakinkan, berjaya mendahului lawan pada set ketiga selepas terikat 27-27 dan 28-28 pada set pertama dan kedua sebelum menang 28-24 di set ketiga untuk mendahului 5-3.


Begitupun konsistensi itu hilang dalam set berikutnya apabila terikat 27-27 di set keempat sebelum set kelima menyaksikan panahan terakhir Syaqiera sedikit tersasar di mata lapan untuk tewas 24-29, sekali gus diheret ke aksi penentuan.


Panahan Syaqiera sekali lagi tersasar di mata lapan manakala Caetano tenang meraih sembilan mata untuk melangkah ke suku akhir.


Terdahulu, Syaqiera mara ke pusingan 16 terbaik selepas melepasi halangan pemanah Moldova, Alexandra Mirca.


Dalam aksi peringkat 32 recurve individu wanita itu menyaksikan Syaqiera melakar kemenangan 6-0 dengan 30-27, 27-23, 26-24.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page