top of page

Olimpik Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir

  • nabalunews
  • Jul 28, 2024
  • 1 min read

28 Julai 2024


KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengikut jejak langkah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila mengesahkan tiket ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas merekodkan kemenangan kedua dalam Kumpulan D dengan menewaskan gandingan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai 21-15, 24-22 pada aksi di Porte de La Chapelle Arena.


Ia adalah kemenangan kedua pasangan nombor sembilan dunia itu selepas turut menewaskan beregu Singapura, Terry Hee-Jessica Tan dalam aksi pertama kumpulan, semalam.


Dua kemenangan itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei menjamin kedudukan dua teratas kumpulan tidak kira keputusan yang akan dicatatkan mereka dalam aksi terakhir menentang gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.


Yan Zhe-Dong Ping turut merekodkan kemenangan kedua, hari ini apabila menewaskan Terry-Jessica 21-13, 21-17.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page