top of page

Olimpik Paris 2024: Trio pemanah negara gagal ke suku akhir

  • nabalunews
  • Jul 28, 2024
  • 1 min read
ree

28 Julai 2024


PARIS: Kemaraan trio pemanah negara di Sukan Olimpik Paris 2024 tersekat pada aksi pusingan 1/8 di Invalides apabila tumpas di tangan Indonesia.


Dibarisi Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi dan Nurul Azreena Mohamad Fazil terpaksa akur dengan kekalahan 3-5.


Indonesia yang menurunkan Diananda Choirunisa, Syifa Nurafifah Kamal dan Rezza Octavia, terlebih dahulu di depan apabila memenangi set pertama 54-52 sebelum Malaysia kembali bangkit memenangi set kedua 55-47.


Bagaimanapun, Indonesia kembali mengungguli set ketiga dengan kemenangan 53-51 sebelum kedua-dua pasukan seri 52-52 di set keempat.


Setiap pasukan akan meraih dua mata dalam setiap set yang dimenangi manakala seri satu mata.


Trio memanah negara bagaimanapun berpeluang untuk menebus kekecewaan di atas kekalahan itu.


Masing-masing turun beraksi dalam acara individu yang dijadual berlangsung, Selasa ini.


Syaqierah yang membuat penampilan kedua di pentas Olimpik akan berdepan pemanah Moldova, Alexandra Mirca pada aksi 1/32.


Ariana pula akan bertemu pemanah Itali, Chiara Rebagliati manakala Nurul Azreena akan menentang Elif Berra Gokkır dari Turkiye.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page