Olimpik Paris 2024 : Zii Jia mula langkah kanan

28 Julai 2024
KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mencatat kemenangan pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe 21-14, 21-12 dalam aksi Kumpulan G di Porte de La Chapelle Arena.
Kemenangan itu meletakkan Zii Jia yang juga bekas juara Seluruh England di landasan tepat untuk memburu kedudukan selaku juara kumpulan sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan 16 terakhir.
Zii Jia yang berada di ranking ketujuh dunia dijadual bertemu pemain berpengalaman Sepanyol, Pablo Abian, Rabu ini yang dijangka menjadi penentu gelaran juara dan naib juara kumpulan.
Mengikut format pertandingan, hanya juara kumpulan dalam acara perseorangan mendapat tiket pusingan 16 terakhir.
Comments