top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Olimpik: Rakyat Malaysia nantikan persembahan Pandalela petang ini



5 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


TOKYO: Ratu terjun negara Pandalela Rinong berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara 10m platform individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada aksi pagi tadi.


Pandalela, 28 tahun, mempamerkan terjunan meyakinkan di peringkat separuh akhir di Tokyo Aquatics dan berjaya menduduki tempat ketujuh dari 18 penerjun dengan jumlah mata 315.75.


Ini sekaligus melayakkan atlet kelahiran Sarawak itu menempah tempat ke aksi final yang akan berlansung pada jam 2 petang ini (waktu Malaysia). Daripada 18 penerjun hanya 12 orang layak ke peringkat akhir.


Pemenang pingat emas Piala Dunia Terjun FINA 2021 itu berada dalam landasan terbaik untuk memburu pingat buat negara bagi acara ini.


Beliau pernah memenangi pingat pada temasya Sukan Olimpik lepas iaitu pingat gangsa dalam acara 10m platform individu wanita di Olimpik London 2012 dan pingat perak bagi acara 10m terjun berpasangan di Oimpik Rio 2016.




bottom of page