top of page

Op Dadu Mega: 395 premis judi diperiksa, 328 individu ditahan

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

2 September 2025


KUALA LUMPUR: Sebanyak 395 premis perjudian digempur Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Dadu Mega yang dijalankan secara serentak di seluruh negara, pada 30 dan 31 Ogos lalu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata daripada jumlah serbuan berkenaan, 272 premis dikesan menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen.


Katanya, 245 premis dikenal pasti menjalankan penjualan loteri awam tanpa lesen, 20 premis terbabit perjudian secara dalam talian, lima premis pusat hiburan keluarga beroperasi tanpa lesen dan dua premis berfungsi sebagai pusat panggilan.


“Seramai 328 individu berjaya ditahan dalam operasi tersebut membabitkan 286 lelaki dan 42 wanita, dengan 258 individu adalah warga tempatan, manakala 70 lagi warga asing.


“Tangkapan membabitkan individu dipercayai pemilik, penjaga premis, pekerja dan pemain judi,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu katanya, polis turut merampas wang tunai, komputer, telefon bimbit, mesin perjudian dan pelbagai peralatan lain yang digunakan dalam kegiatan terbabit.


Menurutnya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah berkaitan untuk dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.


"Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang antaranya Seksyen 4A(a), Seksyen 9(1), Seksyen 4B(a), Seksyen 4(1)(b), Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.


“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan peruntukan Enakmen Hiburan Negeri,” jelasnya.


Beliau berkata, PDRM akan terus mempergiatkan operasi membanteras perjudian tanpa lesen di seluruh negara serta meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page