INDIVIDU DARI LUAR SABAH WAJIB JALANI KUARANTIN 14 HARIINDIVIDU DARI LUAR SABAH WAJIB JALANI KUARANTIN 14 HARI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

INDIVIDU DARI LUAR SABAH WAJIB JALANI KUARANTIN 14 HARI


Gambar hiasan

18 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mewajibkan orang bukan asal Sabah yang ingin masuk ke Negeri ini untuk Kuarantin wajib 14 hari di hotel atas biaya sendiri.


Tarikh perlaksanaan peraturan baru berkuatkuasa 20 Mei ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pengambilan PCR Test dengan keputusan Negatif adalah diwajibkan bagi setiap individu yang ingin masuk ke Negeri Sabah.



“Keputusan kerajaan negeri mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan ke Sabah beikutan kes indeks melibatkan pasangan suami isteri dari Labuan masuk ke Sabah kemudian mencetuskan penularan Covid-19 di negeri ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.


Masidi berkata, kemasukan ke Sabah bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan adalah dibenarkan, tertakluk kepada pegawai yang mempunyai surat rasmi bertugas di negeri ini.


“Penduduk Asal Sabah / Penduduk Tetap dan Pemegang Pass Kerja yang bermastautin di Sabah juga dikehendaki menjalani Kuarantin wajib 14 hari di rumah apabila masuk ke negeri ini,” katanya.


Sementara bagi kemasukan orang luar atau para pelabur asing ke Sabah untuk tujuan melabur di negeri ini, ibeliau berkata, mereka dibenarkan melalui kebenaran khas dengan mengemukakan permohonan terlebih dahulu.



Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan dua kes melibatkan pasangan suami isteri dari Wilayah Persekutuan Labuan yang masuk ke Sabah, kemudian mencipta kluster di daerah Tawau.


Katanya, kes indeks iaitu pasangan suami isteri dari Labuan telah menjalani saringan masuk ke negeri ini pada 7 Mei lalu didapati negatif undian RTK Ag.


“Namun, setelah seminggu berada di Tawau untuk berhari raya di Ladang Abaka, kes indeks yang mempunyai gejala pada 12 Mei kemudiannya disahkan positif Covid-19 pada 14 Mei dan telah menjangkiti sembilan ahli keluarga serumah.


“Kes kedua juga dari Labuan yang balik untuk berhari raya ke Tawau pada 08 Mei lalu, kemudian disahkan positif Covid-19 pada 16 Mei.


“Dalam tempoh tersebut, kes indeks yang menetap di kawasan ladang Kg Sg Imam, Tawau turut menziarahi keluarga di Taman Barkeley sekaligus menyebabkan jangkitan kepada 43 ahli keluarga,” katanya.


Oleh itu, Kerajaan Negeri pada hari ini memutuskan untuk mengetatkan SOP kemasukan ke Sabah.



bottom of page