top of page

PADU masih jadi rujukan agensi kerajaan rangka dasar, program kumpulan sasar

  • nabalunews
  • Nov 3
  • 2 min read

ree

3 November 2025


KUALA LUMPUR: Pangkalan Data Utama (PADU) masih menjadi rujukan agensi kerajaan dalam merangka dasar dan program yang menepati keperluan kumpulan sasar.


Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata sehingga kini sebanyak 204 agensi sudah melaksanakan perkongsian dan integrasi data secara berterusan dengan PADU.


Ia antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).


“Rujukan ini termasuk melaksanakan semakan dan pengesahan maklumat kumpulan sasar berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh PADU daripada agensi kerajaan.


"Hal ini membolehkan agensi pelaksana menyediakan bantuan kepada penerima yang benar-benar layak," katanya pada sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN–Bagan Serai) yang ingin tahu mengenai kajian keberkesanan sistem PADU dalam pelaksanaan subsidi bersasar sebelum ia dimulakan secara lebih meluas.


Jelasnya, sehingga kini PADU telah mengumpulkan sebanyak 30.4 juta profil individu dan isi rumah warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia, dengan maklumat merangkumi demografi, lokaliti, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, status kemiskinan dan jenis bantuan yang diterima.


Dalam pada itu, Hanifah berkata setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 17 permohonan penggunaan data PADU telah diluluskan bagi tujuan penentuan dasar dan pelaksanaan pelbagai program kerajaan, termasuk inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95).


"Kerajaan juga akan terus meningkatkan penggunaan data PADU dalam kalangan agensi kerajaan selaras dengan Akta Perkongsian Data 2025 dan Garis Panduan Pelaksanaan Perkongsian Data Sektor Awam.


“Kementerian Ekonomi juga sentiasa memperkemas dan menambah baik proses serta prosedur perkongsian data PADU, termasuk meningkatkan aspek keselamatan dan kualiti data,” ujarnya.


Hal ini, katanya bagi memastikan proses perkongsian data yang berkualiti dan berintegriti dapat dilaksanakan dengan lancar untuk penghasilan analisis data yang lebih tepat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page