Pakatan Harapan mesti menawarkan Malaysia perjanjian persekutuan yang baru
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pakatan Harapan mesti menawarkan Malaysia perjanjian persekutuan yang baru



Ucapan Hari Malaysia



Salam Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022


Esok, kita akan meraikan sambutan ulang tahun ke-59 pembentukan Hari Malaysia. Tahun depan kita akan melangkah ke tahun ke-60. Apakah sebenar pengertian Hari Malaysia? Penghujung tahun kepas Parlimen telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memberi roh yang sebenar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Susulan perjuangan selepas sekian lama, kejayaan itu dicapai. Kejayaan memberikan taraf asal atau status sebenar kepada Sabah dan Sarawak. Ia juga mirip menuntut 'kemerdekaan' kepada kedau-dua Sabah dan Sarawak. Mengambil kira kejayaan itu, sepatutnya sambutan Hari Malaysia pada tahun ini seharusnya bermakna dan signifikan.


Kemerdekaan tidak bermakna jika tidak memastikan pemerintahan sendiri. Lagipun, kita tidak menyingkirkan pemerintah asing yang tidak dipilih untuk menggantikan mereka dengan tuan penjajah baru dari kalangan kita.


Apabila Malaysia ditubuhkan 59 tahun yang lalu, ramai yang mempersoalkan sama ada kita sebagai sebuah kesatuan politik boleh bertahan atau Malaya mungkin muncul sebagai tuan penjajah yang baru. Kedua-dua soalan ini tidak akan hilang walaupun 59 tahun kemudian dan mungkin tidak akan hilang sama sekali pada masa hadapan.


Kita masih mempunyai imperialis Malaya yang melihat Malaysia sebagai lanjutan daripada Tanah Melayu dan nasionalis Islam yang mahu memaksa aspirasi moral dan budaya mereka ke atas rakyat Malaysia yang lain, termasuk orang Islam Borneo.


Malah, ada di antara mereka yang terus menghina rakyat Malaysia yang lain, terutama menjelang pilihan raya setiap kali. Jika pembuli seperti itu tidak disemak oleh majoriti rakyat Malaysia yang menghargai kepelbagaian dan keharmonian yang diberikan oleh Tuhan, suara pemisah di Sabah dan Sarawak secara semulajadi akan berkembang sebagai satu bentuk tindakan balas.


UPKO mengharapkan agar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengambil segala usaha untuk memastikan roh MA63 yang sebenar diterjemahkan agar penduduk Sabah menikmati segala hak dan keistimewaan berperlembagaan.


Kegagalan dalam merealisasikan MA63 telah mengecewakan ramai rakyat Sabah dan Sarawak. Dengan adanya struktur tiga pihak, sesetengah pihak percaya penyelesaiannya terletak daripada segi tanggapan yang menganggap Kerajaan Persekutuan sebagai hanya mewakili Tanah Melayu, supaya Sarawak dan Sabah boleh menjadi rakan kongsi yang sama.


Pandangan ini, bagaimanapun, tidak pragmatik dan tidak produktif – walaupun ketika politik Malaya kini berpecah-belah, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kuasa tawar-menawar untuk memaksa Kerajaan Persekutuan hanya mewakili Tanah Melayu – keadaan seperti sebelum tahun 1963. Walaupun Sabah dan Sarawak mungkin bercita-cita menjadi Scotland, tetapi 11 Negeri Malaya dengan sembilan Dewan Diraja adalah entiti politik sebenar tidak boleh dipaksa menjadi England.


Kedudukan yang lebih realistik ialah melihat hubungan antara kerajaan sebagai satu daripada kedudukan 1+2+11, iaitu 1 Kerajaan Persekutuan, 2 Kerajaan Wilayah (Sabah dan Sarawak) dan 11 Kerajaan Negeri (Malaya). Di bawah kerajaan peringkat kedua bagi Wilayah dan Negeri ialah bahagian (di Sabah dan Sarawak) dan majlis perbandaran dan daerah (di Malaya) yang sepatutnya dipilih.


Daripada menyerahkan Kerajaan Persekutuan sebagai wakil 11 Negeri, Sabah dan Sarawak harus bekerjasama rapat dengan 11 Negeri yang turut menjadi mangsa kepada sentralisasi yang terlalu meluas untuk menuntut desentralisasi.


Sabah dan Sarawak tidak perlu takut sekiranya 11 Negeri mendapat lebih banyak kuasa berbanding sekarang, Sabah dan Sarawak akan diturunkan supaya setanding dengan mereka. Sejarah pembentukan Malaysia telah menjelaskan bahawa Sabah dan Sarawak akan menikmati status istimewa dan lebih banyak hak daripada Negeri-negeri Tanah Melayu – satu realiti yang tidak akan dicabar oleh Negeri-negeri Tanah Melayu.


Oleh itu, pasukan 2+11 antara Malaysia Timur dan Barat boleh menang-menang atau win-win: 11 Negeri mendapat lebih banyak hak berbanding sekarang, dan kedua-dua wilayah mendapat lebih banyak berbanding kedudukan sekarang dan Negeri Malaya. Perkara yang boleh dituntut oleh pasukan 2+11 termasuklah kuasa lebih meluas lagi selari dalam domain dasar seperti pendidikan dan kesihatan, perkongsian hasil cukai pendapatan dan anggota Senat yang dipilih dan dipertingkatkan dengan kuasa veto diberikan kepada Sabah dan Sarawak.


Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan adalah peruntukan perundangan bagi kedudukan sama rata antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sejak dari awal pembentukan Malaysia pada tahun 1963, tadbir urus sekurang-kurangnya 10 jabatan di Sabah dan Sarawak adalah dilakukan secara autonomi merangkumi: Pertanian; Penternakan haiwan; Perhutanan; Perikanan; air; kerja raya; buruh; elektrik; hidupan liar; kerajaan tempatan.


Di Semenanjung pula, kesemua 10 jabatan ini ditadbir secara berpusat di peringkat persekutuan. Justeru, penyelarasan pentadbiran melibatkan perancangan, penyusunan, dan belanjawan untuk setiap jabatan tersebut perlu dilakukan menerusi majlis penyelarasan di peringkat nasional.


Rundingan semula federalisme Malaysia memerlukan Jawatankuasa Antara Kerajaan 2.0 (IGC 2.0) dengan Kerajaan Persekutuan, dua Kerajaan Wilayah dan 11 Kerajaan Negeri bekerjasama untuk meningkatkan transformasi politik dan daya tahan ekonomi Malaysia. Saya secara peribadi menyokong IGC 2.0 dalam forum yang dianjurkan oleh Yayasan WISDOM sejak awal 2021.


Pakatan Harapan (PH) mesti mengambil langkah berani dalam menawarkan Malaysia perjanjian persekutuan yang baru, yang memerlukan banyak komunikasi dan pembinaan kepercayaan. BN dan PN akan agresif untuk memikat parti-parti di Malaysia Timur, tetapi mereka terperangkap dalam pemikiran yang berpaksikan Malaya, membawa kepada kemunculan janji-janji sembarangan yang tidak membina sokongan politik untuk desentralisasi di Tanah Melayu.


Untuk membuat tawaran yang boleh dipercayai dan berdaya maju, PH mesti terlebih dahulu membina Majlis Persekutuan-Negeri sendiri – PH must first build a Federal-State council within its own – dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Menteri Besar Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, serta pemimpin utama PH Sabah, Sarawak dan Malaya untuk mengkaji dan membincangkan bagaimana kepentingan Kerajaan Persekutuan, wilayah dan negeri Malaysia boleh dirasionalkan dan seimbang.


Saya bersedia menawarkan diri untuk memainkan peranan eksekutif dalam pembentukan badan perundingan yang penting ini... I am happy to offer myself to play an executive role in the formation of this important consultative body.


Sebagai permulaan, PH harus berkempen untuk menamatkan ‘diskriminasi undi’ para pengundi Borneo kerana penafian hak ‘pengundi tidak hadir’. Pada masa ini, seramai 300,000 rakyat Sabah dan 200,000 rakyat Sarawak menetap di Semenanjung, kebanyakannya kerana mereka tidak mempunyai peluang pekerjaan atau pendidikan yang mencukupi di negeri asal mereka. Untuk meminta mereka mengambil cuti dan mengeluarkan sekitar RM1,000 untuk pulang mengundi adalah tidak adil dan kurang munasabah.


Disebabkan ini dan faktor-faktor yang lain, kita melihat peratusan keluar mengundi jauh lebih rendah di Sarawak dan Sabah berbanding bahagian-bahagian lain di Malaysia. Ketika tiga pilihan raya umum lepas mencatatkan peratusan keluar mengundi nasional iaitu 76% pada tahun 2008, 85% (2013) dan 82% (2018), Sarawak hanya mencatatkan 65%, 76% dan 73% di peringkat pilihan raya parlimen, lebih rendah sebanyak 9 hingga 11% mata manakala Sabah pula hanya merekodkan 69%, 80% dan 77%, lebih rendah sebanyak 5 hingga 7%. Memandangkan Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada masa yang berbeza, kadar keluar mengundi adalah lebih rendah: 62% (2001, 2006), 70% (2011), 68% (2016) dan 61% (2021).


PH mesti menuntut melalui jawatankuasa pemandu MoU agar Kerajaan pimpinan YAB Ismail Sabri memberi jaminan agar kemudahan pengundian tidak hadir akan disediakan di ibu negara setiap wilayah dan negeri bagi pengundi dari Sabah, Sarawak dan Malaya untuk membuang undi di kawasan asal mereka.


PH mesti menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa ia adalah satu-satunya gabungan nasional yang amat utamakan konsep dan minda Malaysia dalam menghadapi PRU15, dan seterusnya menerajui kerajaan. Ini peluang terbaik bagi kita di PH.


Oleh itu, saya mahu PH menawarkan tawaran PRU15 yang bersifat inklusif bersifat Malaysia dengan mengambil kira kepentingan Sabah dan Sarawak.



Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Presiden UPKO

15 September 2022


bottom of page