Pandelela Rinong ikon perpaduan negara baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pandelela Rinong ikon perpaduan negara baharu


12 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong telah dianugerahkan sebagai ikon perpaduan negara oleh Kementerian Perpaduan Negara, sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan pencapaiannya dalam sukan.


Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Pandelela merupakan seorang atlet yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa dan menjadi contoh kepada generasi muda.


Katanya, Pandelela bukan sahaja seorang penerjun yang cemerlang, tetapi juga seorang yang menjunjung tinggi nilai-nilai perpaduan dan keharmonian.


"Sekarang ini kita melihat perenang juga menjadi ikon, kita masukkan beliau ke dalam agensi bawah kita seperti Pandelela supaya beliau menjadi ikon di Kementerian Perpaduan Negara," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat.


Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanyakan mengenai usaha kementerian untuk menghasilkan filem pendek mengenai kisah legenda sukan bagi memupuk perpaduan.


Aaron berkata, selain Pandelela, kementeriannya juga pernah mengangkat beberapa tokoh lain sebagai ikon perpaduan, antaranya pemimpin, seniman dan legenda sukan seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page