top of page
  • nabalunews

Paralimpik 2020 : Liek Huo hadiahkan emas kedua buat negara


4 September 2021


TOKYO: Chieh Liek Huo menghadiahkan emas kedua buat negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bagi acara badminton perseorangan lelaki kategori SU5 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, sebentar tadi.


Jaguh perseorangan badminton paralimpik negara itu berjaya menewaskan pesaingnya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia dalam aksi final.


Perlawanan yang berlansung selama 50 minit tersebut menyaksikan Liek Huo menang straight set 21-17, 21-15.


Ini merupakan kali pertama acara badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik, sekali gus menyaksikan Liek Huo turut menjadi pemenang emas sulung bagi acara.


Terdahulu Liek Huo menewaskan pemain dari Taiwan Fang Jen Yu dengan mata 15-21, 21-10, 21-16 dalam aksi separuh akhir pagi tadi, untuk menempah tempat ke aksi final.

Comments


bottom of page