Parlimen bahas Ordinan Darurat Sept ini, terima pelbagai reaksiParlimen bahas Ordinan Darurat Sept ini, terima pelbagai reaksi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Parlimen bahas Ordinan Darurat Sept ini, terima pelbagai reaksi



3 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan dan Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembatalan Ordinan-ordinan Darurat akan dibahas di Parlimen pada September ini mendapat pelbagai reaksi daripada Ahli-ahli Parlimen.


Komen mereka dikongsikan melaui laman sosial selepas kenyataan media Perdana Menteri dikeluarkan hari ini.


Ahli Parlimen Muat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia membuktikan bahawa tuntutan ahli-ahli Parlimen Pembangkang menuntut Parlimen dibuka adalah dalam landasan yang betul.


“Pengakuan bahawa Kerajaan tipu Agong, kata isu darurat tidak perlu dibahaskan dsn diundi di Parlimen. Jelas kami di landasan yang betul untuk tuntut parlimen dibuka.


“Malangnya, Perdana Menteri hanya nak bahaskan pada bulan September walaupun Majlis Raja Raja Melayu tuntut sebelum Ogos. Nanti bulan september, mungkin mereka guna alasan Covid untuk tangguhkan lagi,” katanya.


Sementara itu Datuk Najib Tun Razak pula berkata, kenyataan media yang dikeluarkan itu mengesahkan bahawa PM8 (Muhyiddin) dan Menteri PN (Perikatan Nasional) menipu bahawa ianya sudah dibatalkan.


“Hari itu, PM8 bukan tulis kenyataan panjang lebar 4 muka surat, kata tak perlu perkenaan YDP Agong, tak perlu usul dan Ordinan-ordinan Darurat sudah batal?


“Hari ini kata tidak dapat disempurnakan dan perlu usul, bahas dan diluluskan Dewan pada bulan September.


“Maksudnya, confirm PM8 dan Menteri PN sudah menipu bahawa ianya sudah dibatalkan dan kenyataan 4 muka surat mereka hari itu sekadar penipuan sahaja kepada YDP Agong dan seluruh Rakyat Malaysia.


“Apa pula akan terjadi sekiranya usul kerajaan ini tidak dapat undian majoriti dalam Parlimen dan tidak dapat diluluskan? Jangan letak usul ini ke paling belakang nanti. Biarkan ianya jadi usul pertama sidang parlimen akan datang,” katanya.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pula berkata, Muhyiddin terpaksa akur untuk selepas melanggar titdh Yang di-Pertuan Agong dan mengelirukan Parlimen.


“Tapi masih tidak mohon maaf, tiada orang letak jawatan,” katanya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, Datuk Takiyuddin Hassan telah kelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat, membelakangi fungsi dan kuasa Ketua Utama Negara dan ingkar titah Tuanku.


“Begitu mudah nak ketepikan krisis yang kamu sendiri cipta! Rujuk 43(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Azalina Othman Said turut memberi riaksi ringkas melalui Twitter: “A day late and a dollar short !!!”.


Terdahulu itu dalam kenyataan media hari ini, Muhyiddin berkata, proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan.


Katanya, dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, pembatalan ordinan-ordinan darurat Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.


“Maka, selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini,” katanya.

bottom of page