top of page

PARLIMEN PERLU BERSIDANG SEBELUM 1 OGOS

  • nabalunews
  • Jun 25, 2021
  • 1 min read


25 Jun 2021


Majlis Presiden mengulangi pendirian Pakatan Harapan iaitu Parlimen perlu bersidang secepat mungkin sebagai menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.


Selaras dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos agar Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat dapat dibentang dan dipertimbang Ahli-Ahli Parlimen. Pada masa yang sama, sidang yang disegerakan ini akan memberi ruang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk membahas Pelan Pemulihan Negara, langkah-langkah mengatasi pandemik COVID-19, dan keperluan meningkatkan bantuan untuk rakyat yang sedang sangat tertekan pada waktu ini.


Berkaitan cadangan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji sidang Parlimen hybrid, Majlis Presiden berpandangan bahawa penubuhan jawatankuasa tersebut tidak boleh menjadi alasan atau dalih untuk melewatkan sidang Parlimen. Oleh itu, Pakatan Harapan bersedia menyertai jawatankuasa tersebut dengan syarat sidang Parlimen tetap diadakan secepat mungkin, sebelum 1 Ogos.


Pakatan Harapan juga akan mengusahakan satu petisyen di kalangan Ahli-Ahli Parlimen yang akan dipersembah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bagi membuktikan bahawa majoriti Ahli-Ahli Parlimen menyokong Parlimen bersidang secepat mungkin.


Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)


YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page