top of page

Pasangan beregu negara, Aaron Chia - Soh Wooi Yik muncul juara dunia

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 28, 2022
  • 1 min read

28 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pemain beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara dunia pertama Malaysia selepas mengatasi wakil Indonesia, Hendra Setiawan-Mohamad Ahsan dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia BWF di Tokyo sebentar tadi.


Bergu No.6 dunia itu menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan menerusi aksi straight set 21-19, 21-14.


Pertemuan mereka dengan Setiawan-Ahsan merupakan aksi ulangan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 yang memihak kepada gandingan Aaron-Wooi Yik. Pada peringkat separuh akhir semalam, bergu negara itu mencipta sensasi apabila mara ke final Kejohanan Badminton Dunia selepas menewaskan wakil India yang juga pilihan ketujuh, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 20-22, 21-18, 21-16.

ความคิดเห็น


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page