Pejabat Ketua Pembangkang dinaik tarafPejabat Ketua Pembangkang dinaik taraf
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pejabat Ketua Pembangkang dinaik taraf


12 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Pejabat ketua pembangkang kini dinaik taraf dengan kemudahan-kemudahan setara dengan pejabat Menteri.


Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke memaklumkan perkara tersebut menerusi laman sosial Facebooknya selepas menghadiri mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), kelmarin.


Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang menjadi setaraf pejabat Menteri.


"Sebelum mesyuarat bermula, Perdana Menteri telah menyerahkan surat pengesahan kepada Ketua Pembangkang untuk menaik taraf status pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat Menteri,” katanya.


Terdahulu, kerajaan Persekutuan dan PH buat julung kalinya telah menandatangani memorandum MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang menjanjikan pembaharuan pentadbiran.


MoU tersebut melibatkan enam perkara utama iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

bottom of page