Pekebun getah Sabah, Sarawak layak terima IPG untuk Januari 2026
- nabalunews
- 14 minutes ago
- 1 min read

2 Januari 2026
KUALA LUMPUR: Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) mulai 1 hingga 28 Februari 2026 berdasarkan pengeluaran getah pada Januari 2026.
LGM dalam satu kenyataan berkata, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah, dengan insentif bagi lateks diaktifkan secara serentak.
Bagi tempoh Januari 2026, harga purata peringkat bagi getah sekerap ialah RM3.10 sekilogram di Semenajung, RM2.75 sekilogram di Sabah dan RM2.70 sekilogram di Sarawak.
“Kadar IPG yang diaktifkan bagi getah sekerap dan lateks di Sabah ialah 25 sen sekilogram bagi 50 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 50 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
“Manakala kadar bagi Sarawak ialah 30 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 60 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK,” katanya.
Menurut LHM, kadar IPG bagi lateks pula ditetapkan pada 90 sen sekilogram dengan 100 peratus KGK.
IPG ini akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Dalam pada itu, LGM berkata IPG untuk getah sekerap dan lateks tidak diaktifkan di Semenanjung Malaysia bagi Januari 2026, justeru tiada bayaran akan dilakukan bagi bulan berkenaan.


















Comments