top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pelantikan CLC Mohd. Asraf kukuhkan kekuatan Pakatan Harapan Kudat

26 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUDAT: Mohd. Asraf Chin Abdullah, telah dilantik sebagai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) bagi N2. Tanjung Kapor Kudat.


Pelantikan ini dijangka akan mengukuhkan lagi kekuatan barisan Pakatan Harapan Kudat.


Majlis pelantikan ini disampaikan oleh Junsim Rumunzing, Timbalan Setiausaha Agung 1 UPKO, yang juga merangkap Ketua Bahagian UPKO Kudat.


Seramai 100 orang telah hadir untuk menyaksikan acara ini.


Turut hadir dalam majlis ini adalah pemimpin-pemimpin komponen Pakatan Harapan, termasuk wakil-wakil dari PKR dan DAP Kudat.


Pelantikan CLC Mohd. Asraf Chin Abdullah diharapkan akan membawa semangat baru dan memperkukuhkan kerjasama di kalangan ahli-ahli parti serta memperjuangkan kepentingan rakyat Kudat.

Comments


bottom of page