Pemasangan Tanglung Sempena Tahun Baru Cina di Pasar Sibuga, Sandakan
nabalunews

14 Januari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
SANDAKAN - Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd yang juga Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Liau Fui Fui meninjau dan mengetuai aktiviti pemasangan tanglung di kawasan Pasar Sibuga, Sandakan pada Selasa.
Jelasnya, usaha itu merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mewujudkan suasana ceria di kawasan pasar dan mencerminkan semangat perayaan serta keharmonian masyarakat setempat menjelang Tahun Baru Cina.
Tanglung yang dipasang bukan sahaja simbol tradisional tetapi juga melambangkan harapan untuk kemakmuran dan keharmonian pada tahun baharu." Jelasnya.
Tambah beliau, pemasangan tanglung ini bukan sahaja menambahkan elemen budaya kepada persekitaran tetapi juga menghidupkan semangat perpaduan antara komuniti berbilang kaum di Sandakan.
“Tahun Baru Cina adalah masa untuk kita bersama-sama meraikan kepelbagaian budaya dan nilai kekeluargaan yang kita kongsi bersama,” katanya
Beliau berharap inisiatif itu dapat memberikan keceriaan kepada pengunjung pasar serta menjadi tarikan kepada perantau yang berkunjung balik ke Sandakan.
Comments