top of page

Pembangkang kesal sidang khas Parlimen ditangguh walaupun kes Covid-19 hanya pada kadar 0.9 peratus

  • Nur Syafiqah Abdullah
  • Aug 2, 2021
  • 1 min read

Updated: Aug 5, 2021


ree

2 Ogos 2021

Oleh Nur Syafiqah Abdullah


KUALA LUMPUR: Pemimpin dari blok pembangkang menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan Kerajaan Perikatan Nasional menangguhkan sidang khas Parlimen hari ini, walaupun jumlah kes positif di Parlimen hanya pada kadar 0.9 peratus setakat 29 Julai.


Menerusi satu kenyataan bersama, mereka turut menyatakan bahawa penangguhan yang sepatutnya berakhir Isnin itu terus membelakangi kenyataan media Istana Negara.


"Tindakan ini langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, proses demokrasi berparlimen dan terus membelakangi kenyataan media Istana Negara.


"Oleh yang demikian, kami bersependapat bahawa Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan secara terhormat sekarang," jelas mereka dalam kenyataan itu, semalam.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Hj Mohamad Sabu, Lim Guan Eng (Parti Tindakan Demokratik, DAP), Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Baru Bian (Parti Sarawak Bersatu) dan Dr.Maszlee Malik (Bebas).


Pada Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengemukan cadangan agar sidang khas Parlimen ditangguh susulan kes jangkitan di Parlimen.


Terdahulu, Istana Negara turut mengeluarkan kenyataan media yang menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page